Wednesday, August 15, 2007

Pertandingan Puisi Nisa Shah Alam

Peluang asah bakat!


Syarat-Syarat Pertandingan

1-Umur :15 tahun ke atas dan terbuka kepada semua jantina.
2-Tema : "CINTA RAMADHAN"-puisi perlu berkait rapat dengan Ramadhan atau isu-isu Islam dan umat Islam itu sendiri.
3- Puisi tidak boleh menyentuh soal menghina agama Islam atau berbaur lucah.
4- Panjang puisi tidak lebih daripada 150 patah perkataan
5-Tarikh tutup pada : 13.9.2007 dan pemenang akan diumumkan selepas perayaan Eid`ul Fitri
6-Ahli Nisa` seluruh Malaysia adalah digalakkan menyertai.
7-Tertutup kepada panel juri yang dilantik.
8-Penyertaan di hantar kepada : nisa07_shahalam@yahoo.com berserta maklumat peribadi dan alamat surat menyurat bagi memudahkan kami menghantar hadiah dan sijil.
9-Tiada undian sistem SMS sebaliknya tiga puisi terbaik akan diletakkan di dalam senarai poll untuk diundi oleh para pembaca.
10-Nisa` Shah Alam berhak untuk menyiarkan hasil karya setiap peserta.Sila nyatakan perkataan copyright sekiranya peserta tidak mahu karya disiarkan oleh blogger lain.

SELAMAT BERKARYA!

Hadiah tempat pertama, kedua dan ke-3 adalah seperti berikut:

a) Sekeping Sijil Penyertaan dari Nisa1 Shah Alam
b) Barangan cenderhati daripada HalalGel
c) Sisipan terpilih Majalah Anis
d) Pin Kayu Nisa` Shah Alam

Manakala setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan dan posting puisi tersebut akan disiarkan di dalam blog Nisa` Shah Alam

Perhatian : Kami hanya mampu menyerahkan hadiah melalui surat alamat di Malaysia sahaja.

Sila layari blog Nisa Shah Alam untuk keterangan lanjut; http://nisashahalam.blogspot.com/

Thursday, August 9, 2007

SENAMROBIK NISA' BATU

Senamrobik Nisa'





Pada sesi ini, Nisa' Kawasan Batu telah berjaya melaksanakan aktiviti senamrobik Kawasan Batu buat pertama kali pada 26 Mei 2007 (Sabtu) di Taman Melewar dari pukul 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi. aktiviti yang cukup menarik dan sihat ini disertai lebih kurang 20 orang remaja wanita.

Senamrobik yang seterusnya akan diadakan pada 12 Ogos 2007 (Ahad) di Padang Permainan Kg Batu Muda Tambahan pada waktu yang sama iaitu dari pukul 7.00 hingga 8.00 pagi. Ianya dikendalikan oleh mereka yang berpengalaman dengan seni senamrobik ini..

Jadi dijemput kepada semua remaja dan wanita untuk hadir ke program ini bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan disamping menjalin ukhwah sesama kita..
Posted by Picasa

Wednesday, August 8, 2007

RAHSIA BULAN KELAHIRAN.....KENALI DIRIMU

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

TALK SHOW 4